Sunday 16 September 2012

TAJUK 15


TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG


Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesionalPerkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.

PAMERAN
  • Pengertian Pameran
    • Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
    • Jenis-jenis Pameran:
    • Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
    • Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
    • Pameran Keliling (Traveling Exhibition
    • Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
    • Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
    • Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.

TAJUK 14


Tajuk 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam P & P Bahasa Melayu


CAKERA PADAT (CD)
  • Digunakan untuk menyimpan data
    • Terdiri daripada pelbagai jenis seperti :
    • CD-R (CD-recordable)
    • Boleh rakam yang boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM biasa.
    • Data hanya boleh dirakam sekali, dan tidak boleh diubah
    • CD-RW (CD-rewritable)
    • Boleh ditulis, dipadamkan dan ditulis semula
    • DVD (digital video disc)
    • Bahantara storan optikal yang mempunyai muatan lebih tinggi dan besar daripada CD.

PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :
  1. Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahati atau haba yang panas.
  2. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  3. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat. gunakan alat tulis seperti marker pen
  4. Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
  5. Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  6. Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  7. Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.

TAJUK 13


TAJUK 13 : Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu




Tuesday 7 August 2012

TAJUK 12


TAJUK 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.
Jenis-jenis Alat pengarangan



Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
  • docs.google.com/
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi
· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian

TAJUK 11

TAJUK 11 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO


Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:


  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
Jenis persidangan video

                                                          contoh jenis persidangan

Contoh penggunaan sidang video ialah

Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksudpertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
-   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.


Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.
(i) Sidang video menggunakan perisian skype:


Langkah 1: 



Langkah 2:


Langkah 3:


Langkah 4:
Langkah 5:



(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger

Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.

Langkah 1:



Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:

Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7:


Langkah 8:


Langkah 9: (hasil )

TAJUK 10

TAJUK 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU



Pengenalan
Memasukkan unsur video di dalam sesebuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
  • Secara terus dengan menggunakan video digital
  • Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
  • Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.

Bentuk video
a) Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
b) Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan
 c) Audio
Audiomerupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
Kita perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria berikut:
  •  Kandungan maklumat

  Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan
  •            Carrier/kandungan

  mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.

  •       Nilai estetika kandungannya

  Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna
  •            Kualiti

  Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
  •      Kelangsungan hayat

  Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.
  •      Pendokumentasian

  Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.
Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
  1. penggunaan elemen teks
  2. penggunaan elemen grafik dan visual
  3. penggunaan elemen audio
  4. penggunaan elemen video
  5. Penggunaan elemen animasi


  1. Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
  Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
           2.   Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
  •   Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
  • Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
  • Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
  • Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
  • Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
  • Hanya maklumat penting yang diisi di dalam grafik ini.

Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:

(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2


Langkah 3


Langkah 4


Langkah 5
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.

Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Perisian Audio
  • Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
  •  Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
  • Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya

TAJUK 9


TAJUK 9 : MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER DAN KAD PENGUMUMAN


Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.


Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.


Apa itu mengedit bahan atas talian?
¨  Mengedit  bahan atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
¨  Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
¡  Google docs https://docs.google.com/#home
¡  280 slideshow http://280slides.com/editor/


Prosedur Pengeditan




CARA 1

Langkah 1
Buka enjin pencari yang digemari dan taip www.mybrochuremaker.com pada kotak pencari

Langkah 2
Apabila tatapan sebegini keluar, klik butang "Start"

Langkah 3
Klik pada langgangan secara percuma

Langkah 4
Seterusnya klik pada new, dan isi nama projek


Langkah 5
Pilih jenis brosur yang diinginkan kemudian klib pada butang "make" 




Langkah 6
Pilih jenis templet yang diinginkan. Seterusnya, boleh menghiaskan mengikut kreativiti masing-masing



CARA 2



Langkah 1 dan 2




Langkah 3




Langkah 4



Langkah 5



Langkah 6



Langkah 7



Langkah 8


Langkah 9 ( Langkah akhir)

TAJUK 8


TAJUK 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN


  1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  2. Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

Pengenalan
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya.
Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
Kelebihan pengajaran secara atas talian
  • Dapat mengakses bahan dengan cepat
  • Kepelbagaian bahan di internet
  • Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan

      Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian
  • Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
  • Alat penyambung talian tidak berfungsi
  • Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)

 1. Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.

          Set Induksi






          Langkah 1

          Langkah 2

          Langkah 3

          Penutup

2. Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
http://www.tutor.com.my/tutor/banksoalan.asp?pg=banksoalan.htm
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan


TAJUK 7


TAJUK 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  1. Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  2. Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
  3. Membina bahan

1)            Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
         Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
         Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Cara Bagaimana Manusia Berfikir :

Memproses ----> Menyimpan ----> Mengingat Kembali


Prinsip-prinsip Model Pemprosesan Maklumat :

a) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
b) Pengaliran maklumat dua hala
c) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan,penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
d) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses danmenyimpan maklumat.

EMPAT PROSES UTAMA TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT








Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:

  •  Ingatan jangka pendek (short term memory)
  Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

  •             Ingatan jangka panjang (long term memory)
  Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
  Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
  Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
2)            MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM SIMULASI PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN
                  Contoh-contoh tapak pembelajaran :
                              a)    Skor A
b)    tutor.com
c)    guru.net.my
d)    myschool.net.my
Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah pertama :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P


Langkah kedua :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah.

Contohnya


Langkah ketiga :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.


Langkah keempat :
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh :