Tuesday 7 August 2012

TAJUK 6

TAJUK 6 : MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Pengenalan
Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

Sistem Perpautan
Struktur Hierarki
Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Lingkaran


Struktur Hierarki





Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:




Struktur Komposit


Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 
Struktur Linear

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. Sebagai contoh:


        Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang   
       pautan.
 Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.




Struktur Rangkaian

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel




Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:  

No comments:

Post a Comment